BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 28, 2011

Territory War game - Play Territory War online at Y8 games

Territory War game - Play Territory War online at Y8 games

Wednesday, March 2, 2011

IBU.... KAU LAH RATU DI HATIKU......♪♫♪♫♪♫♪♫

my ibu sayang =)
ibu cinta hati lily....

ibu.... begitu besar pengorbanan seorang ibu kpd anak2 nya.... ibu adalah insan yg sangat istimewa yang di anugerahkan oleh Allah S.W.T... ibu sanggup menjaga anak2 sehingga dewasa tanpa mengeluh sedikit pn.. ibu juga menyayangi kita bagai menatang minyak yang penuh,.... wahai insan yang bergelar anak... jgn la kamu lupa mendoakn  ibu mu yg telah banyak berjasa kpd mu tnpa mengenal erti penat dan lelah, tanpa meminta sedikit pn balasan..... ibu hanya dahaga kan doa dan ayt2 suci di sedekahkan kpd nye apabila dia telah meninggalkan kita untuk selama2 nya... kepada mu ibu, ROSNANI BINTI IBNI KASSIM... terima kasih ibu kerana telah membesar kan anak2 mu, NUR NADIA HAKIMI, LILY SURAYA HAKIMI, MUHAMAD RIDUAN HAKIMI, MUHAMAD IMRAN HAKIMI & MUHAMMAD FUAD HAKIMI.... terima kasih kerana bertahan dgn karenah anak2 mu yg berbagai ragam ni.. huhuuu, kesian kt ibu kan... ibu sanggup menjaga kita yg 5org, tu boley tahan lg. kalu 10 org?? hmm,,, tiada keluhan pn seorang ibu mnjaga 10 org anak.. persoalannya disini, sanggupkah 10 org anak menjaga SEORANG ibu apabila ibu sudah tua??? hmm... tatau la kan.. 

anak2 sepatutnya menjadi kan ibu teman sejati, tmpat bercerita segala masalah.. seorang ibu pasti memahami hati anak2 nya krn dia yang melahirkan kita... tanpa ibu siapa lah kita!!  "syurga terletak di telapak kakai ibu"
"dan jgn lah kamu berkata 'ah' kpd ibumu".... tidak akan tenang hidup kita jika derhaka kpd insan yg bergelar ibu... ibu melahirkan kita sambil menangis menahan kesakitan.. namun masih kah kita ingin menyakitinya?? masih mampukah kita tertawa melihat air matanya?? mendengar tangisannya?? melawannya?? tanpanya kita sendirian.. sedarilah bahawa dalam dunia ni takde seorang anak pn yang sanggup mati demi ibunya.. tapi seorang ibu sanggup mati demi anaknya.. hargailah ibu kita selagi dia masih hidup...

♪♫♪♫♪♫♪♫  khas untuk mu ibu......  ♪♫♪♫♪♫♪♫



sekian..... =)

Tuesday, March 1, 2011

I LOVE YOU.... Cinta bukan semudah tiga perkataan. Cinta yang sebenar adalah taat kepada TUHAN. Maka cinta kepada manusia, berdiri atas ketaatan. Bukan untuk berseronok, tetapi cinta juga adalah ibadah dalam kehidupan. Mustahil ibadah boleh beraspirasi dengan kemaksiatan.
“ Dan katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh ALLAh Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan(perancangan, agenda)”  Surah An-Nur ayat 30. Secara tidak sedar, cinta itu memerlukan sepenuh hati. Cinta sepenuh hati adalah hanya untuk ILAHI. Dari cinta kepada ILAHI inilah, terbinanya cinta antara insani. Cinta yang asasnya iman dan taqwa, cinta yang matlamatnya hendak mencari keredhaan ALLAH. “Sesungguhnya setiap amal itu dikira dengan niat, dan setiap manusia akan mendapat apa yang diniatkan olehnya. Sekiranya dia berhijrah kerana ALLAH dan rasulNya, maka dia akan mendapat ALLAH dan rasulNya. Jika dia berhijrah kerana dunia untuk mendapat isinya, atau kerana wanita untuk mengahwininya, maka dia akan berhijrah ke arah apa yang dia hijrahkan” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.


Akhirnya, manusia yang tidak mendirikan cintanya berasaskan iman dan taqwa, akan melihat jawapan-jawapan kepada tiga persoalan itu adalah sama. Nafsu. Ya, kepuasan diri semata-mata. Rapuh bukan? Sedangkan cinta itu saling kasih mengasihi. Tetapi sedar atau tidak, kita menjalani cinta yang berasaskan nafsu ini, hanya untuk kepuasan diri sendiri. Itukah cinta? Cinta itu datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab membahagiakan pasangan kita. Bukan bahagia di dunia semata. Tetapi bahagia hingga ke akhirat sana. Apakah makna cinta jika kita melontarkan pasangan kita ke neraka?
Kita akan ada anak, kita akan ada kerja, hidup berkeluarga nanti penuh dengan cabarannya. Siapakah yang memandang ke hadapan melihat hal ini? Biasanya, yang bercinta berasaskan kepuasan diri ini, hanya nampak sebatas gerbang perkahwinan sahaja. Nampakkah dia bagaimana dia hendak membesarkan anaknya nanti? Nampakkah dia bagaimana dia hendak menyara keluarganya nanti? Lebih besar lagi, bagaimana dia hendak membawa keluarganya hidup dalam keredhaan ALLAH?
Kebaikan akan memusnahkan keburukan, tetapi keburukan tidak akan sesekali mendatangkan kebaikan.
Jatuh cinta bukan jenayah. Tetapi bagaimakah kita bercinta, kenapa kita bercinta, untuk apa kita bercinta? Itu persoalan yang mesti dijawab sebenarnya. Cinta berasaskan iman dan taqwalah yang membuatkan kita mencintai pasangan kita, anak-anak kita sepenuh jiwa. Kita sara mereka dengan wang yang halal, kita hidupkan mereka dalam suasana ISLAM, agar bahagia itu berkekalan hingga ke syurga, bukan sebatas air mata di tepi perkuburan sahaja.
Cinta adalah ibadah. Bukan untuk memuaskan perasaan sahaja.
“ Dan tiadalah AKU ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah” Surah Adz-dzariyat ayat 56.


Bercintalah dengan cara yang betul, bercintalah dengan sebab yang betul, bercintalah dengan matlamat yang betul..
“ Sekiranya kamu bersyukur kepadaKu, maka akan AKU tambahkan bagimu(nikmatKu)…" Surah Ibrahim ayat 7.
Bukan senang. Tetapi itulah jalannya. Sebab syurga, dan harga kekal abadi itu lebih mahal nilainya.
Itu cinta dia.

dan, bagaimana cinta ana??cinta anda? cinta kita semua....????

 
   
 

SEKIAN.......
SYUKRAN WAHAI KAWAN2...... :)