BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 4, 2010

Berdoa, berdoa dan berdoa…!!!!!



Waktu terbaik berdoa :
  • sesudah mengambil wudhuk.
  • Ketika azan dilaungkan untuk solat dan selepasnya.
  • Diantara waktu azan dan iqamah.
  • Ketika iktidal yang terakhir dalam solat.
  • Ketika sujud, terutamanya ketika sujud terakhir dalam solat.
  • Sesudah solat fardhu lima waktu.
  • Di antara 2 khutbah iaitu ketika khatib duduk di mimbar sesudah khutbah pertama.
  • Sesudah iman membaca ‘waladh-dhooolin’.
  • Pada larut malam, terutama pada sepertiga akhir malam.
  • Setelah membaca al-fatihah.
  • Ketika munum air zam-zam.
  • Ketika mengunjungi orang sakit.
  • Ketika hujan turun dengan lebat.
  • Waktu berpuasa dan hamper berbuka.
  • Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.

Tempat terbaik berdoa :
  • di rumah sendiri.
  • Di Multazam, Masjidil Haram.
  • Di Telaga Zam-zam, Masjidil Haram.
  • Di makam Nabi Ibrahim a.s.
  • Dalam Hijr Nabi Ismail a.s.
  • Di Bukit Safa dan Marwah.
  • Di raudah Masjid Nabi (Masjid Nabawi)
  • Di masjid dan surau.

Bulan terbaik untuk  berdoa :
  • Rejab
  • Syaaban
  • Ramadhan
  • Zulhijjah ( bulan Haji )

Hari terbaik berdoa :
  • malam jumaat dan siangnya
  • malam hari raya dan siang nya
  • malam Lailatul Qadar
  • malam isra’ Mikraj
  • malam Nisfu Syaaban
  • malam pertama bulan Rejab
  • hari Arafah

Kenapa mustajab doa pada hari jumaat????
Pada hari jumaat…..
  • Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Allah menurunkan Nabi Adam a.s. ke bumi.
  • Nabi Adam a.s. wafat ( mati )
  • Ada saat mustajab di mana setiap orang yang berdoa di saat itu akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. melainkan meminta yang haram.
  • Berlakunya hari kiamat.

0 comments: