BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 24, 2010

Cinta..!! Cinta….!!! Cinta……!!!!




Pengertian cinta :

  1. perasaan jiwa, kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan pada sesuatu.
  2. keinginan, tarikan dan keterikatan pada sesuatu.
  3. merupakan perasaan semulajadi (fitrah) yang sentiasa menjadi sifat manusia.


Sifat cinta :

Sebagaimana sifat hati iaitu berubah, begitu juga sifatnya cinta yang memilih hati sebagai takhtanya. Cinta boleh berubah hati kerana berubahnya masa dan keadaan atau umur.


Tanda hadirnya perasaan cinta :

  1. suka mendengar namanya disebut.
  2. suka melihatnya.
  3. suka duduk berdekatan dengannya.
  4. suka segala sesuatu yang berkaitan dengannya.


Hikmah percintaan :

  1. ujian dan dugaan mengenai cara dan taktik dalam mendapatkan apa yang dicintai.
  2. factor kemakmuran alam.
  3. penyambung zuriat dan penerusan kehidupan manusia.
  4. sebagai ikatan kukuh yang menyatukan umat manusia.
  5. hakikat percintaan dan kasih sayang berdasarkan keimanan akan membentuk segala keajaiban.

0 comments: