BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

♥ TIP KEBAHAGIAAN ADAM DAN HAWA ♥




♥ KEJUJURAN
-         tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang ada pada pasangan.

♥ TERTAWA
-         ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa.

♥ PERSAHABATAN
-         menjadi sahabat kpd pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan.

♥ HORMAT SATU SAMA LAIN DAN  KOMPROMI
-         walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk kompromi.

♥ MEMAAFKAN
-         perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kapada pasangan anda.

♥ BERSIKAP REALISTIK
-         jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya.

♥ LUPAKAN MASA LALU
-         berhenti mengungkit kisah masa lampau. Bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakanlah.

♥ DOA
-         sentiasa berdoa utk kesejahteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanmakan di hati bahawa sebagai insane, doalah merupakan penawar bagi segalanya.

0 comments: