BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 4, 2010

hamba-MU


  
Ya Allah
Aku leka akan perintah Mu
Aku meremehkan segala suruhan Mu
Aku membiarkan maksiat bermaharajalela di depan mata ku
Aku bisukan mulut untuk menegakkan kebenaran peritah Mu
Aku pekak kan telinga ku atas segala suara sumbang yang membingitkan telinga.

Ya Allah
Segala yang menimpa adalah pengajaran dari Mu untuk kami
Agar kami insaf dan kembali ke jalan Mu

Namun
Masih adakah mereka yang ingin kembali ke jalan Mu…??
Adakah mereka masih leka
Umpama tiada apa yang berlaku
Mereka hanya tersenyum
Seolah bala Mu tidak akan menimpa mereka
Mereka masih mampu bersuka ria
Dan bergembira seolah-olah pentas dunia ini tidak akan berakhir

Ya Allah
Jangan lah Kau sesat kan kami
Ya Allah
Berilah kami petunjuk dan hidayah
Ya Allah
Sesungguhnya kami hamba Mu yang lemah
Yang selalu tersungkur
Yang sentiasa alpa
Ampunkan lah dosa kami Ya Allah

Ya Allah
Dari Mu kami datang dan kepada Mu kami kembali
Ya Allah ku pohon
Kembali kami kepada Mu
Sebagai hamba Mu yang beriman..

Berdoa, berdoa dan berdoa…!!!!!



Waktu terbaik berdoa :
  • sesudah mengambil wudhuk.
  • Ketika azan dilaungkan untuk solat dan selepasnya.
  • Diantara waktu azan dan iqamah.
  • Ketika iktidal yang terakhir dalam solat.
  • Ketika sujud, terutamanya ketika sujud terakhir dalam solat.
  • Sesudah solat fardhu lima waktu.
  • Di antara 2 khutbah iaitu ketika khatib duduk di mimbar sesudah khutbah pertama.
  • Sesudah iman membaca ‘waladh-dhooolin’.
  • Pada larut malam, terutama pada sepertiga akhir malam.
  • Setelah membaca al-fatihah.
  • Ketika munum air zam-zam.
  • Ketika mengunjungi orang sakit.
  • Ketika hujan turun dengan lebat.
  • Waktu berpuasa dan hamper berbuka.
  • Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.

Tempat terbaik berdoa :
  • di rumah sendiri.
  • Di Multazam, Masjidil Haram.
  • Di Telaga Zam-zam, Masjidil Haram.
  • Di makam Nabi Ibrahim a.s.
  • Dalam Hijr Nabi Ismail a.s.
  • Di Bukit Safa dan Marwah.
  • Di raudah Masjid Nabi (Masjid Nabawi)
  • Di masjid dan surau.

Bulan terbaik untuk  berdoa :
  • Rejab
  • Syaaban
  • Ramadhan
  • Zulhijjah ( bulan Haji )

Hari terbaik berdoa :
  • malam jumaat dan siangnya
  • malam hari raya dan siang nya
  • malam Lailatul Qadar
  • malam isra’ Mikraj
  • malam Nisfu Syaaban
  • malam pertama bulan Rejab
  • hari Arafah

Kenapa mustajab doa pada hari jumaat????
Pada hari jumaat…..
  • Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Allah menurunkan Nabi Adam a.s. ke bumi.
  • Nabi Adam a.s. wafat ( mati )
  • Ada saat mustajab di mana setiap orang yang berdoa di saat itu akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. melainkan meminta yang haram.
  • Berlakunya hari kiamat.

Wednesday, November 24, 2010


“ cinta hakikatnya suci dan indah, manusialah yang mengotorinya dengan calitan nafsu dan syahwat. Islam sebagai agama yang indah tidak pernah memusuhi cinta, malah islam sentiasa menyeru umatnya untuk saling mencintai dan menyayangi. Cinta bertambah indah dan suci apabila islam memagari dan mengawalnya dengan perbatasan syariat.”

Cinta..!! Cinta….!!! Cinta……!!!!




Pengertian cinta :

  1. perasaan jiwa, kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan pada sesuatu.
  2. keinginan, tarikan dan keterikatan pada sesuatu.
  3. merupakan perasaan semulajadi (fitrah) yang sentiasa menjadi sifat manusia.


Sifat cinta :

Sebagaimana sifat hati iaitu berubah, begitu juga sifatnya cinta yang memilih hati sebagai takhtanya. Cinta boleh berubah hati kerana berubahnya masa dan keadaan atau umur.


Tanda hadirnya perasaan cinta :

  1. suka mendengar namanya disebut.
  2. suka melihatnya.
  3. suka duduk berdekatan dengannya.
  4. suka segala sesuatu yang berkaitan dengannya.


Hikmah percintaan :

  1. ujian dan dugaan mengenai cara dan taktik dalam mendapatkan apa yang dicintai.
  2. factor kemakmuran alam.
  3. penyambung zuriat dan penerusan kehidupan manusia.
  4. sebagai ikatan kukuh yang menyatukan umat manusia.
  5. hakikat percintaan dan kasih sayang berdasarkan keimanan akan membentuk segala keajaiban.

Sunday, November 21, 2010

♥ TIP KEBAHAGIAAN ADAM DAN HAWA ♥




♥ KEJUJURAN
-         tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang ada pada pasangan.

♥ TERTAWA
-         ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa.

♥ PERSAHABATAN
-         menjadi sahabat kpd pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan.

♥ HORMAT SATU SAMA LAIN DAN  KOMPROMI
-         walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk kompromi.

♥ MEMAAFKAN
-         perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kapada pasangan anda.

♥ BERSIKAP REALISTIK
-         jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya.

♥ LUPAKAN MASA LALU
-         berhenti mengungkit kisah masa lampau. Bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakanlah.

♥ DOA
-         sentiasa berdoa utk kesejahteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanmakan di hati bahawa sebagai insane, doalah merupakan penawar bagi segalanya.

sekadar syuke2 :)

CiNtA………

Apakah yg dimaksudkan dgn cinta????? Hehehe
Topic yang agak menarik an?? Rini lily na share cite sal cIntA……
Hurmm… menurut ahli sosiologi, john A.Lee… cinta mempunyai 6 jenis…
iaitu :

 ♥ cinta kerana kecantikan
♥ cinta main-main
♥ cinta di antara teman
♥ cinta melampau
♥ cinta kudus, altruistik
♥ cinta praktik

Tapi kan…. Ada juga cinta ROLLER COASTER atau cinta BERMUSIM, ada masa okea, ada masa tak... ada lak tu terlalu cepat jatuh cinta tapi takut-takut dan tak yakin….
Macam2 an if nk di cite kan sal CINTA ni.. hehehehe J

Apa2 pn, da mmg tuhan da kurniakan lumrah manusia ni ingin menyinta dan dicinta…
Walau camne skali pn kita cuba lari dari cinta, tapi….. kita xkan penah dapat lari jauh krn cinta slalu hadir dalam diri kita…. Bukan shaja cinta pada sesama manusia tapi juga cinta kpd PENCIPTA manusia juga…
Ada sdikit kata2 untk cinta,…
Carilah cinta ILAHI yang kekal abadi kerana cinta INSANI akan kecundang jua.. 



Lily nk sgt cari satu novel alaf21 ni, tajuk dia CINTA HATI KITA.. dikarang oleh H.M. Tuah Iskandar….cam best jea buku tu…. Da cari da tapi lom jmpe agy… hihi..
Tapi ada agi satu buku yang lily da lama cari n memang xjmpe2 agi…
tajuk dia LA TAHZAN yang bermaksud jangan bersedih.. buku ni berkisah kan keagamaan sikit. Stahu lily bku tu mmg best, t try la cari n if de masa baca lah….
insyaALLAH bila baca bku tu kita rasa something yang baru akan hadir dalam diri kita.. hehe….. da la, smpai sni dlu aw… 


Saturday, November 20, 2010

SAHABAT



sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita,
ambillah masa utk memahami hati dan perasaan kawan,
kerana dia juga seorang manusia,
dia juga ada perasaan takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa,
dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan..
jadilah kita kawannya itu,
kita selalu melihat dia ketawa,
tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka,
disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan.
kita tidak tahu....
tapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu..........

hang out...!!!!!

assalamualaikum....
 today... lily n kwn2 kua jln2.. kitowg p megamall jea.. hihi, kitowg tgk wayang cte herry potter... n pusing2 stu mega... hurm... tp sedey gk coz t stu bulan ta jmpe, da cuti sem,.. law pnjg umo insyaALLAH jmpe agy sem dpn.... sonok sgt kua ngn kowg.... wlaupn de sdikit prob yg ta dapat dihalang... hmmm.... esok sume da lek uma masing2.. t8 cre kowg..!! thanx da byk abiskan mse hri ni ngn lily.. :)

Friday, November 19, 2010

pasal blog ni..

urm.... sori la if blog ni tade pape. bkn pe, ritu blog ni da full tp lily da delete sume da coz enta pape tercatat kat blog ni... agy pn ritu blog ni lily share ngn someone, but dulu la,.. now x lg.. blog ni lily yg pnyer ar.. da ley ar lily nk tlis pape an.. hehe.... btw, if de pape yg berguna ley lily share ngn kwn2, insyaALLAH lily tlis kt blog ni.... urmmmm..... cmpai cni dlu la eyk... t de mse lily conteng2 agy.. hihi..

assalamualaikum....

syuke2.........!!

cantik an masjid kristal... hehehehehe

Dekati sejadah menyemai cinta
membilang tasbih menghitung rindu
AL-QURAN dibaca pengubat jiwa
ingat-mengingatitanda bersaudara
ALLAH sayang pada yang berkasih
pasti SYURGA milik bersama... _(^^,)_